Monday 30 July 2012

IMAN dan AKAL berkata..

Aku berjalan. Terus . Terus tanpa berhenti.
Hati aku berkata, " Jangan mengalah ! "
namun, akal berkata, " Penatnya ! "
Aku penat. Lelah ! aduhh..

" Ya ALLAH, sukarnya perjalananku menuju-Mu.
Menuju keredhaan-Mu.."

Lalu..iman pun menjawab..
"Sabar..jangan pernah mengalah ! setelah kesulitan pasti ada kemudahan . "

Wahai diri, adakah kau lupa ?
Firman ALLAH :
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

Ya, aku harus terus melangkah. Aku tak mahu menyesal. Aku tak mahu berpaling ke belakang !
tekadku.

Dengan aku paling ke belakang, mungkin ia akan menampahkan sesak ku. Menambah sengsara ku ! Aku tak nak !!!

" Sungguh, ALLAH..sukarnya. Beratnya ujian-Mu untukku.. "


Wahai diri..ingatlah bahawa ALLAH berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286,
Allah berfirman maksudnya,
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. "


Astaghfirullah..

ALLAH, aku khilaf. maafkan aku.


Biarlah dahulu tetap dahulu. Aku tak mahu berulang.
hari ini adalah hari ini. Esok adalah esok. Akan aku mulakan dengan langkah menuju redha-Nya dengan sungguh.


INGAT ! tiada lagi dulu.


Kian, aku pasrah..
demi jejak kembara ini.
Biar kembara ini penuh dilimpahi dengan rahmat-Nya.


ALLAH, aku redha dengan takdir-Mu. 
Golongkan aku dalam golongan orang-orang yang sabar..


Aku tahu takdir buatku itu sangat pedih dan berat.
Tapi, aku mohon, biarlah KAU disisiku selalu.
Aku perlukan MU, ya ALLAH !